Cermin dunia manusia melalui animasi dunia binatang.

Zootopia (2016)

Sebuah lagi naskah animasi dari Disney bermodalkan USD 150 Juta. Terus terang aku cakap, hampir kesemua filem animasi keluaran Disney / Pixar, belum pernah lagi aku menontonnya dengan perasaan yang tidak memuaskan atau hambar. Walaupun ianya hanya animasi, tetapi komedi, aksi,  drama malah babak cinta dipersembahkan dan disusun dengan begitu baik dan meninggalkan impak pada penontonnya bukan hanya pada golongan kanak-kanak malah juga golongan dewasa.

Perihal dunia manusia dan persepsi masyarakat dalam dunia sebenar bagi aku sangat berkesan dan berjaya di adaptasikan ke dalam filem animasi Zootopia ini dimana keseluruhan cerita ini memang menggambarkan bahawa dunia realiti ini masih mengamalkan sifat racism tanpa disedari.

tumblr_o0jeu1Khru1qdkam5o1_1280

Apa yang aku perasan, Kebanyakan filem-filem animasi Disney, banyak menunjukkan watak utama adalah heroin daripada watak hero dimana watak hero / male selalunya dilakonkan sebagai watak kedua atau pembantu heroin. Tidak terkecuali juga filem Zootopia ini dimana watak utamanya ialah Officer Judy Hopps iaitu seekor arnab comel yang bercita-cita ingin menjadi polis dari zaman kecilnya. Setelah menjalani latihan dan ujian, akhirnya cita-cita Judy tercapai dan dilantik menjadi polis berkhidmat di tengah bandar Zootopia.

flex_tablet_zootopia_selfie_c781d089

Namun semuanya berbeza apabila Judy sampai di Bandar Zootopia dan kisah menarik bermula apabila beliau berjumpa dengan si musang, Nick Wilde. Pembinaan setiap watak dalam filem ini amat baik, begitu juga dengan skrip, persembahan watak dan personaliti watak antara binatang dan ‘manusia’ untuk mencerminkan watak realiti manusia digambarkan dengan baik sekali. Banyak skrip dan dialog dalam filem ini aku anggap genius dengan target audience mereka yang luas membuatkan skrip yang dibina bukan hanya untuk budak-budak, tetapi banyak skrip yang memerlukan orang-orang dewasa berfikir dalam memahami apakah mesej sebenar yang ingin disampaikan.

Aku dah layan filem ni 3 kali dan masih berpuas hati. Bagi sesiapa yang masih belum menonton filem ini, aku amat menggalakkan korang pegi tengok filem ni. Terbaik dari ladang Bunnyburrow. 😉

IMDB Rating : 8.2 / 10

Rotten Tomatoes : 98%

Personal Rating : 9 / 10

 

*Disclaimer : sumber gambar ihsan google.

Leave a comment